RAKAN BLOG AAC

Saturday 31 March 2012

♥ SELAMAT HARI LAHIR BUAT BABY Nisha Iqmall ♥


Nukilan Amier Razif Amier Razif

Tuhan...
Selamatkan lah cahaya hatiku
Cahayakan dia dalam perjalanan hidup nya
Cahayakan dia dari lorong bernama kegelapan

Tuhan ...
Ampunkan dosa dosa cahaya hatiku
Janganlah kau ambil nyawanya
Janganlah kau hilangkan rasa cinta di hati ini

Tuhan ..
Cahaya hati ini hambamu
Lindungilah cahaya hati ini
Luruskan jalan kehidupanya
Muliakan cahaya hatiku ini dengan keimanan

Tuhanku...
Di atas hamparan rumput
Di lantai masjid
Ku rapatkan dahi
Tanda syukur
Cahaya hati wajahnya jernih
Semoga cahaya hatiku jadi
Insan semulia rabiatul adawia

Friday 30 March 2012

~~ JADIKAN AKU BINTANG TERANG ~~


Nukilan Amier Razif Amier Razif

‎Wahai jiwa
Tenanglah rasa
Syukurlah hati
Kerana jiwa masih
Bersarang kasih sayang

Duhai hati
Hentikan tangisan
Buat jiwa jiwa berhati bilau
Lara dalam resah

Duhai jiwa
Janganlah berlara nestapa
Hargailah hati hati yang
Berjiwa insan
Teguh dalam iman

Diriku ini masih punya nyawa
Agar kutahu erti syukur
Lantas kupandang langit biru
Ku bisik ke bintang bintang
Jadikan aku bintang
Yang sinarnya menerangi
Seluruh jiwa resah

amier razif a.k.a budak asparagus
27 mac 2012
Hidup penuh cinta

‎~MENDUNG~


Nukilan Seindah Janji

Sayang..
Ketika mentarimu mendung
Kerana terlindung awan duka
Jangan simpan segala yang terbuku

Luahkanlah seperti hujan yang menderu
Simbahilah bumi yang menunggu...
Biarkan ia mereda..kerana pelangi
akan tersungging padamu

Dan berdoalah bahawa..
Mentari esok akan lebih cerah
Deraianmu akan berubah
Bagai embun yang menyejuk jiwa..

Seindah Janji
27/3/2012

WAJAHMU KASEH


Nukilan Lezaihasra Lm

Sayang
siang malam berganti
hadirku kau nanti sentiasa
dan kau setia menanti tanpa jemu

Di jendela itu
kau tersenyum bersama mentari sipu-sipu
membelai hati kuyang lalu merindu-rindu
lidah pun luluh jatuh terkelu-kelu

Tiap tika ku temui wajahmu kaseh
kau tetap setia menemani langkahku
biarpun hiba meruntun silih berganti
namun kau tabah menanti

Belaian kaseh dengan wajahmu
membuatku terharu...

Namun semua hanya mimpi semalam
semakin wajahmu kurindu
kau semakin jauh berlalu
semakin kukenang wajahmu kekaseh
kau semakin sayu jauh melangkah

~~Lezaihasra~~
sri kepas
besut, terengganu.
28.03.2012

SEURAT RASA BERPALING DALAM INGATAN


Nukilan Ummi Marsheyta

Penjara hati
berlumat kembali
titik warna pudar
tika ditelan senja
namun langkah terpaling semula
meniti perjalanan waktu
bertukar musim
membara hati terhitung semula

seurat rasa melilit hati
tinggal parut dikeliling lebam
serpihan asa tersimpan
berduri meredam getir
berbuih jejak bayang meniti
kala ikrar janji bersimbah
dalam lisan terucap sumpah

jelma ingatan tidak luput
bermusim pergi datang bertemu
menusuk gelombang tidak pernah lebur
hanyut di usung tidak berisi
perit merasuki sebuah rasa
letih dalam menghukum kesakitan
menahan radang tidak kesudahan

Eytafzliz
28/3/12

Nukilan Penghuni Bumi

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

PUDARNYA RASA DI HATI


Nukilan Ayang Zanida

Pudarnya rasa dihati..
ingin ku tangis namun untuk apa..
ingin ku kecewa namun kerna apa..
ingin ku tersenyum namun bisakah..
sakitnya rasa itu..

Pudarnya rasa dihati..
cuba memahami..namun hampa..
cuba mengerti..namun sukar..
cuba mengiakan..namun payah benar..
kecewaku kecewa..

Pudarnya rasa dihati..
bertahun menyulam bahagia..
bertahun menyemai cinta..
saat luka hati ..saat derita jiwa..
rasa itu kian menjauh..
mengapa..dan kenapa..

Pudarnya rasa dihati..
akukah yang keterlewatan..
akukah yang ketinggalan..
akukah..akukah..
sukar memang sukar..

Pudarnya rasa dihati..
kini ku cuba meraih kembali..
kini ku cuba membina kembali..
kini ku cuba meniti kembali..
segala rasa yang menjauh..
segala rasa yang pudar..
bisakah..

Pudarnya rasa dihati..
-Ayang Zanida- 
-29MARCH2012-

~DEKATLAH PADAKU ~



Nukilan Seindah Janji

‎Dekatlah padaku jika kau sepi
Biar hanya di alam mimpi berilusi
Walau sekedip mata,
terlerai jua hati dan rasa

Dekatlah padaku di saat resah
Akanku titipkan kasih melaut sayang
Walau jua di saat rindu ingat lah,
Aku tak pernah jauh tapi makin mendekat
Bersama cinta yang kau ikat..

S,M Janji
29/3/2012

.::::: Pergilah :::::.


Nukilan Prince Qabil

Setiap kata ku ucap ketelinga mu
dari kata tunggu sampai aku mencintaimu
selalu ku ucap tanpa henti
namun kau diam,tiada balasan darimu
kau anggap ucapan ku hanyalah kata-kata yang tiada makna...

Sedarkah kau tentang betapa kerasnya hatimu.?
sampai kapan kau keras seperti ini
dengarkan aku kasih.!!
aku mencintaimu.!
aku menyayangimu.!
tapi kenapa kau tak pernah menghargai semua itu
katakan lah bila memang kau mencintaiku.!

Katakan apa yang ada dalam hatimu
biar kau katakan " Aku Tak Mencintaimu "
yang penting kau jujur akan perasaan mu
tau kah,dengan caramu ini
aku bagai badut yang mulia melakukan hal yang bodoh...

Ingat sayang...
jika memang kau tak mencintaiku
pergilah dariku,jauhilah hidupku,hapuslah semua kisah tentang kau dan aku,
dan jemputlah kebahagiaan mu...
Namun,,,
Kenanglah namaku,tentang ku dalam hatimu...

Tak mengapa kau bersamanya,bahagia bersamanya
yang penting dalam hidupku KAU TERSENYUM BAHAGIA
meski bukan dengan ku...:'(
Prince Qabil
Prince Qabil III
15:00pm 28/03/2012

CINTAKU DAMBA DIPANTAI


Nukilan Lezaihasra Lm

Disebalik buih-buih ombak
aku mencari seketul pasti
yang berlarian dibibir pantai
pergi dan datang bersama resah

Lalu...
bayu pun menyapa hati
yang dikala menjerut rindu
di sebalik bebatu yang basah

Pun begitu...
senja menjemput rasa
digigian pepasir yang sepi
untuk sekalung doa

Akhirnya...
ditepian pantai aku berdiri
menanti dan menanti sebuah wajah
yang hadir bersama gelora lautan
membentuk secebis cinta antara kita.

~~Lezaihasra~~
besut, terengganu
30.03.2012 ( 4.59 pg )

Saturday 3 March 2012

~~ Kesempatan Ke Dua ~~


Nukilan Prince Qabil III

‎Dulu kau yang selalu membuat aku tersenyum
saat ku sendiri kau temani aku
kau tak pernah membiarkan kau menangis bersedih
selama ini kau yang bisa membuat ku bahagia
kau berikan aku cinta,kasih sayang yang tulus...

Tapi...
aku tak pernah peduli dengan apa yang kau beri untuk ku
kau anggap semua itu hanyalah permainan seorang lelaki
dan kau pun pergi meninggalkan ku
kau melayang jauh ke awan tak mampu aku lihat
pengorbanan mu benar-benar nyata
kau berikan aku segalanya agar aku bahagia
kau berikan apa yang kau punya hanya untuk ku
kini aku menyesal tak pernah mampu untuk membalas apa yang pernah kau beri...

Bintang...
kembali lah bersinar,sinari aku dalam setiap malam ku
Hujan...
berlalu lah.! aku tak ingin sepi mengisi hatiku
Kasih datanglah kembali kepangkuan ku.
Berikan aku,,,
kesempatan untuk ku membalas apa yang dulu pernah kau berikan untuk ku
dan biarkan aku menjadikan mu pilihan hatiku untuk selamanya...

Prince Qabil III
20:17pm/24022012 Jumaat]]]

SUARA RINDUKU


Nukilan Memori Kasih

Ku alunkan suara hatiku untukmu
walau pun tak semerdu deru bayu
tak selembut wajah sore yang sayu
jua tak semerdu gemersik seruling
tika malam berdendang

Dengarkah sayang...
tika suara rinduku bergetar
biarpun getarnya semakin lemah
umpama jantung yang tak mampu bertahan
dek rindu yang sarat,merunjut urat saraf
terlalu berat ,dek beban yang mendera

Dengar suara hati ini...
meskipun nanti tiada lagi
suara yang kedengaran
kerana rindu ini akan padam
setelah jiwa ini terbenam
dipusara tanpa nesan....

Memori Kasih
4;3;2012

*BUNTU*


Nukilan Mellyana Sara

Bersendirian di kamar menghitung berlalunya hari
Bagai mimpi bilamana aku merelakan kau pergi
Aku sendiri yang membukakan pintu dan melepaskan
Jejak-jejak yang kau tinggalkan kini
Bagai bilah pedang yang menikam di hati
Pedih sakit perit bersatu menjadi satu
Aku cari kau di segenap ruang
Aku lihat kau berdiri di sudut kamar ini
Berdiri tersenyum melihat aku
Apakah itu senyum sinis mu?

Terkadang aku terfikir apa betul tindakan ku ini?
Apakah ini yang selama ini aku nanti?
Tapi kenapa apa yang ku rasa bukan bahagia malah derita.

Sini sayang,
Tolong perbetulkan aku andai aku salah
Tunjukkan aku jalannya andai aku sesat
Aku buntu tanpa kamu
Aku bingung sendiri

Bantu aku leraikan kekusutan ini
Agar aku mampu kembali terbang
Membelah langit merentas lautan
Demi sebuah cinta hakiki

~~SEPIKU~~


Nukilan Haney Qaseh

Kepedihan ku*
Aku selalu terdiam di sudut sunyi,,,
Hari hari yang ku lalui berteman sepi,,
Rinduku mengambang di Awan suci*

Cintaku terbawa bisikan Angin murni*
bertambah sepi nya ini,,
bila kau pergi tanpa izinku*

aku ingin berlari *
bersama bayangan sepiku,,
biar lah aku dilautan duka,,
biarlah kau ditasik lara*

ku cuba jua berdayuh*
sehingga kemuara kasih,,
disitu jua pasti ada,,
bunga cinta yang layu*
akan ku segarkan menjadi,,
sebekas jambangan indah*

sepi milik ku jua....*+*♥****♥

~~Qaseh ~~