Nukilan Amier Razif Amier Razif
Wahai jiwa
Tenanglah rasa
Syukurlah hati
Kerana jiwa masih
Bersarang kasih sayang
Duhai hati
Hentikan tangisan
Buat jiwa jiwa berhati bilau
Lara dalam resah
Duhai jiwa
Janganlah berlara nestapa
Hargailah hati hati yang
Berjiwa insan
Teguh dalam iman
Diriku ini masih punya nyawa
Agar kutahu erti syukur
Lantas kupandang langit biru
Ku bisik ke bintang bintang
Jadikan aku bintang
Yang sinarnya menerangi
Seluruh jiwa resah
amier razif a.k.a budak asparagus
27 mac 2012
Hidup penuh cinta
No comments:
Post a Comment