RAKAN BLOG AAC

Monday, 6 August 2012


Nukilan Mohd IQram

Duhai hati.
Mengertilah saat kau dipulaukan.
Usah merintih dan merayu dan merendahkan harga dirimu.
Izinkan segala yang terjadi dengan pasrah hati.
Duhai bibir yang mengalunkan senandung irama bersiulkan melodi indah.

Usahlah terus mengenang orang yang tak sudi.
Tenangkan dirimu setenang tenangnya.
Biarkan terus mengalir bagai deras air sungai yang mengalir.
Segala yang terjadi bersebab.
Bersabarlah hati yang sering disakiti,kelak kau kan ketemui sinar bahagia yang kau cari.
Mungkin bukan di sini dan tak mustahil jika di alam barzakh.
Biarlah lambat bagai di ceritakan dalam kisah arnab dan kura kura...
Raihlah bahagia dalam lena panjangmu.
Dakaplah kegembiraan dalam mimpimu.
Kerana hidup ini bagaikan roda yang berputar...
Tak selamanya kau akan ketemui kesukaran.

diari budak mata sepet

-AkuMusafirSepi-

No comments:

Post a Comment