RAKAN BLOG AAC
Thursday 9 February 2012
SEPI ITU RINDU SEPI ITU RINDU
Nukilan Seindah Janji - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH
Dalam sepi ..
banyak perkara ditemui...
kekadang dalam sepi itu
ada jiwa yang merintih..
dalam sepi ada resah gelisah
dan berkeluh kesah
mengenang pahit manis
kehidupan,,
Sepi buat kita mengelamun
terkenang masa silam yang indah..
ada darai air mata
ada senyum dan tawa
mereka berkata..sepi itu indah
namun hati ku berbisik
sepi itu adalah kerinduan
ada pilu yang mendera
ada lara yang menyaluti jiwa..
kerana dalam sepi
rindu kian membara
bergelodak didanau kalbu
lalu mengalir butiran jernih
yang memilu
lalu rebah dimuara sendu...
kerana sepi itu adalah rindu
Seindah Janji
9/2/2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment