RAKAN BLOG AAC

Monday 6 February 2012

KEREDAAN


Nukilan Eliz Mawar Putih - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

Aku hanyalah seorang insan biasa
Yang tak punya apa-apa
Seorang insan yang lemah
Dan tidak berdaya

Aku menyusuri
Sebuah perjalanan kehidupan
Mencari sebuah kebahagiaan
Kebahagiaan indah yang kuimpikan
Namun...segalanya tidak semudah
Seperti yang disangkakan

Keperitan, kesusahan datang bersimpuh
Silih berganti
Bersama menyusuri perjalanan hidup ini
Seperti mentari yang bakal tenggelam
Di bibir senja yang merah

Dalam kepayahan dikegelapan malam
Aku meraba dan terus mencuba
Untuk terus melangkah
Walaupun kadang... aku tersungkur rebah

Dan ketika itu...bukan masanya
Untukku menangis menyesali diri
Pada suatu kepayahan yang bermakna

Jika keperitan itu suatu ujian
Akan kuterima dengan tabah
Dan penuh keredaan
Kerana kuyakin akan ada
Siang yang bersinar
Bersama sebuah nikmat dan hikmah
Dari-Nya Yang Esa

Liz~~~6/2/2012```

No comments:

Post a Comment