RAKAN BLOG AAC

Monday, 6 February 2012

BUAH TANGAN II


Nukilan Angah Arie - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

Di hujung sana, 'jejambat bisu', buah tangan untukmu

pernah aku melukis 'jejambat bisu'
dengan wajah kehidupan yang berlari
dan kau melengkapi lukisan
dengan warna-warna putih, hitam dan kelabu
namun tetap aku pandang hijau, kuning dan biru

kita menapak, kita berjalan, kita berlari, adalah 'hujan'
hujan berbisik, hujan menangis, hujan menjerit, adalah 'hidup'
hidup melihat, hidup berfikir, hidup menilai adalah 'kita'
kita menapak, kita berjalan, kita berlari adalah 'hujan'
hujan berbisik, hujan menangis, hujan menjerit adalah 'hidup'
hidup melihat, hidup berfikir, hidup menilai adalah 'kita'

kehidupan umpama roda yang berulang-ulang berputar
terus dan berterusan biar dalam suasana berbeza
seperti air yang mengalir dan terus mengalir
tanpa ada halangan tanpa ada sempadan

kita hujan hidup
hujan hidup kita
hidup kita hujan
kita hidup hujan
hujan kita hidup
hidup hujan kita

ikatan ini terus meniti dan ulangan rasa
jadi mengapa harus hidup kita berhenti sebelum masanya ?

khabarkan padaku kawan
jejambat bisu buah tangan untukmu
kau menjeling, aku senyum sindir

Angah Arie
Di hujung pena, Seremban N9
06022011 07:30

No comments:

Post a Comment