RAKAN BLOG AAC

Saturday, 7 January 2012


Nukilan Mohd IQram - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

di saat ku jeling
keruh kelam kolam mata mu
termanggu ku mentafsir rindu
bersimpuh duka di perdu kalbu
dipaku sembilu rindu

di kolam mata mu
bayangan setia kian pudar
kilauan mesra kian hambar

kolam mata mu.....

tidak lagi jernih
tidak lagi bersih
keruh dicemari
lumpur kebendaan

di kolam mata mu
tiada lagi indah warna pelangi
tiada lagi indah teratai suci
tiada lagi sayang dan cinta


tahu lah aku
kasihmu telah berubah
kasihmu telah beralih arah
fahamlah aku
sayang mu telah menghilang
sayang mu telah berubah

aku yang selalu berkata sendiri
Mohd IQram — at pena sepi

No comments:

Post a Comment