RAKAN BLOG AAC

Saturday, 14 January 2012

DUIT SYILING ATAS POKOK



Nukilan Angah Arie - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

DUIT SYILING ATAS POKOK

Duit syiling atas pokok
terselit di hujung ranting rapuh
ada yang mencangkung dan mendongak
ertinya mengharap
ada jua baling daun kering
diminta sudi gugur di samping

di seberang jalan dua orang kawan
seorang buta ketawa lihat suasana
si bisu meronta-ronta ingin bicara
aku di tengah jalan jadi bingung
melihat penangan duit syiling atas pokok

inilah kehidupan yang ada di luar sana
mereka gambarkan di sini
penuh realiti dan penuh beremosi
cuma cara dan hakikatnya berbeda

rumah sakit jiwa
duit syiling atas pokok
hampir-hampir aku seperti mereka

Angah Arie
Ruang sengal, Seremban Negeri Sembilan DK
24072011 22:00

No comments:

Post a Comment