RAKAN BLOG AAC

Wednesday, 18 January 2012

DILEMA HATI





Nukilan Haiqal Akmal - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

" hidup ini tak pernah sunyi..
masa itu tidak pula berhenti..
masalah datang bersilih ganti..
kadangkala peritnya memamah hati.."

~~DILEMA HATI~~
( sinaran luka )

dilema hati...
memahat pilu dalam kelam..
menyembunyikan satu kisah suram..
menjadikannya hiasan alam..
di sebalik gelapnya malam..

di'sebalik takbir tirai malam..
ada tangisan dalam kelam..
tangisan insan memahat alam..
akan kisah semalam nan suram..
meragut jiwa dengan kejam..

ceritera silam ku berwarkah sepi..
sering muncul dalam kelamnya mimpi..
memagut lelah dilema hati..
sering bertamu di pinggir hati..
tika fajar memencilkan diri..
tatkala malam melabuh tirai..

ku sendiri...!!!
tika hati terasa sunyi...
akan keresahan sekeping hati..
di pagut kejam sang mimpi..

>>EQAL90<<

No comments:

Post a Comment