RAKAN BLOG AAC

Wednesday, 18 January 2012

BIARLAH AKU PERGI




Nukilan Lezaihasra Lm - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

qqqqqqq: BIARLAH AKU PERGI ( buat seorang teman ) :ppppppp

Biarlah aku pergi........
terbang bersama camar senja
menjangkau kaki langit yang kusam
terbang dan terbang
bersama kesunyian di hujung sepi...

Biarlah aku pergi.........
hanyut bersama arus yang mengalir
dicelah-celah bayu berhembus,
kelesuan mencari arah muara....
hanyut dan hanyut......
membawa sekeping hati terguris.

Biarlah aku pergi.......
bersama syahdunya airmata ini,
menitis satu persatu di persada kenangan
yang menghiris perasaan,
setitis dan setiis
mengutip serpihan hati yang berderai.

Biarlah aku pergi.......
tanpa langkah yang teratur
terumbang - ambing dinadi bumi yang nyata,
selangkah dan selangkah
membimbit sejuta kawah kecewa tanpa arah.

Biarlah aku pergi.......
dengan seketul hati yang berembun
bersalut kristal rasa yang kelam,
seketul dan seketul
debu-debu impian berterbangan di-awan-awanan.

Biarlah aku pergi........
bersama rampaian cinta kita,
kerna...
di sini..., nilai cintaku tiada erti
di dalam kelongsong kaseh mu untuk ku bersemaian,

Biarlah aku pergi.......
bersama sepotong hati yang kecundang
Biarlah aku pergi.......
untuk apa lagi ku merayu,kerna orang sudah tak sudi,
Biarlah aku pergi........
mencari penawar luka hati,
Biarlah aku........
Biarlah......... dah orang benci...

ilham insan terpinggir, Lezaihasra Lm..jam 8.20 pada 19 jan.2012.....

**************************************************

No comments:

Post a Comment