RAKAN BLOG AAC

Tuesday 10 January 2012

AKU DATANG



Nukilan Zainun Omar - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

‎** Aku Datang**

Aku datang
bukan untuk menagih cinta
tetapi sekadar untuk
meluahkan rasa.

Aku datang
bukan untuk merayumu
tapi sekadar melepaskan rindu
yang telah terlalu lama
bersarang di lubuk hatiku..

Aku datang
bukan juga untuk mengganggumu
hanyalah sekadar menjengahmu
kerana aku tahu
kau tidak pernah ingat aku....

Aku datang bersama kasihku
yang selalu membara untukmu
yang selalu mengharum buatmu...

Aku datang mencari tempatku
yang pernah kau janjikan dulu
di sudut hatimu.

Aku tetap jua datang
meskipun aku tahu
sebenarnya kau telah melupai aku
kerana aku masih setia
pada janji-janjiku dulu.

No comments:

Post a Comment