RAKAN BLOG AAC

Friday, 23 December 2011





Nukilan Mohd IQram - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

tak semudah karya yang dicipta
tak seindah lukisan yang digambar
tak setinggi bahasa yang dipuja

begitu diriku diibarat kan bila bersama mu

hina lagi fana
hina lagi fana

sudi kah dikau menyapa diri ini
jika terlihat diriku berbasah baju membanting tulang
kusedar diriku tak seindah seperti dirimu

rasa....

tiada sapa bisa menangkis rasa cinta yang dikurnia dari Yang Esa
begitu juga aku...
kutahu aku hanya layak mengintai dari sudut kau meludah

jijik....

itulah aku jika dibanding kan bersamamu.......

terima kasih Ya Allah..
kerana Kau beri kesempatan kepada ku untuk mengenali nya..sungguh pun aku hanya mampu melihat nya dari tirai kamar ini sahaja

No comments:

Post a Comment