RAKAN BLOG AAC

Saturday, 24 December 2011




Nukilan Azlini Nordin - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

Rindu ini menjengah
Mengintai dari sudut bicara
Andai terserlah kemahuanku
Atau inilah kemahuan mu jua
Kita Belai rindu
Dari sudut berbeza

Dari intunasi yang berbalam
Menerusi landasan ketenangan
terima kasih atas hadiah kerinduan ini
Aku bahagia merinduimu
Walau tanpa kata
Walau tanpa luahan
Aku berdoa moga
Kau jua bisa merasakannya

Bahang rindu yang mencengkam
Yang membelai minda ku
Mengasak jari jemari ku
Mencalit-calit luahan hati
Menyatakan kerinduan
Dalam pena tanpa dakwat

Ikhlas dari ukiran hati ku
terindah buat mu, teman istimewa ku
yang selalu ku rindu....

No comments:

Post a Comment