RAKAN BLOG AAC

Friday, 9 December 2011

INSAN



Nukilan Isabella Ali - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

aku terhenti seketika
terkumit dibibir beristighfar
pada waktu yang ku rasa terseksa
pada saat yang ku rasa terhukum
pada jiwa yang ku rasa memilukan

bukan lagi diri ku yang sebenar
bukan lagi hakikat yang panjang
untuk aku meneruskan liku-liku ini
pada kemakrufan yang ku tinggalkan
bagaikan tersimpul dalam sejarah silam

apa yang ada hanya saki baki doa
yang tidak luput di bibir dan dalam hati
mengharap makna dari sebuah perjalanan
tidak mahu karam di lautan dunia yang dalam
mencari warna insanul-kamil pada wajah insan
sebelum usia semakin lewat atau kini hampir senja
peluang ku rasa tetap ada jika jasad masih berpenghuni..

Lukisan hati,
~ isabella ali 2011

No comments:

Post a Comment