RAKAN BLOG AAC

Saturday, 24 December 2011

BERSAMA BAYANG-BAYANGMU





Nukilan Hazwani Hasim - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

~BERSAMA BAYANG-BAYANGMU~

biar bayang-bayang di sisiku
biar bayang-bayang menemaniku
biar bayang-bayang menjagaku
dalam kepekatan malam
aku berjalan kehadapan
tanpa menghiraukan suara-suara yang memanggil
aku terus berjalan tanpa menoleh lagi
kerana kehidupan harus ku harungi
bersama satu cahaya
yang menerangi malamku
cahaya petunjuk kebenaran
tentang kecuranganmu

aku masih lagi menangis
kerana ku tak mampu menerima hakikat
bahawa engkau akan pergi
dari hidup ku kini
aku hanya berteman dengan sepi
bersama air mata
bersama bayang-bayangmu
yang kian menghilang
di ketika ini ku memohon padamu
biarlah bayang-bayangmu menemani setiap langkahku
biarlah bayang-bayangmu bersamaku

aku merelakan akan pemergianmu
biarkan aku bersama bayang-bayangmu
bersama kenangan yang kian pudar
menanti masa di mamah usia
aku ingin bersama kenangan bahagia kita
bersama tangisan dan kerinduan
hanya hati dan perasaan ini
yang mampu menafsir
bayang-bayangmu di sisiku...

by ~ Hazwani Hasim a.k.a MawarBiru
Time ~ 9:26p.m Date ~ 24/12/2011
di : Kampung Kubang Gajah, Perlis, Malaysia

KARYA KU YANG TERAKAHIR..

No comments:

Post a Comment