Nukilan Andriy Ashraftly - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH
Apakah Erti Cinta
Dikala aku mula bangkit dari jatuh..
Kau memaksa aku menunduk..
Dikala aku memerlukan semangat yang utuh..
Kau memaksa aku merajuk..
Dikala aku memberi sepenuh perhatian..
Kau memaksa aku membebaskan..
Dikala aku mahu kau fahami isi hatiku..
Kau memaksa aku melupakan..
Dikala aku merindu merasuk tubuhku..
Kau memaksa aku membiarkan..
Dikala aku merasa kesepian..
Kau memaksa aku menyendiri..
Dikala kau memerlukan kepercayaan
Kau memaksa aku mendiamkan..
Dikala aku menanyakan
Apakah erti cinta bagimu...
Adakah Kau memaksa aku mengikut jejakmu...
Adakah ini erti cinta bagimu...
Bezanya erti cinta kita bagai Bunga dan Semut
Nikmat bunga bagi si kumbang
Nikmat gula bagi si semut
Hanya kamu yang tahu apa erti cinta buatmu..
Hanya kamu yang tahu siapa yang harus menikmati kemanisanmu..
No comments:
Post a Comment