RAKAN BLOG AAC

Wednesday, 11 July 2012

~Goresan luka di hati~


Nukilan Pencinta Pena Ivp

Ingatkah kau…
pada goresan luka yang kau tinggalkan
dihatiku ini..?
Ingatkah kau…
Di saat kau melangkah pergi
Meninggalkan aku sendirian
di kamar sepi ini…?
Ingatkah kau…
Ketika aku merayu meminta
agar kau kembali padaku
lantas kau bunuh segala harapan ku..?
Ingatkah kau..
Ketika aku masih membuntukan dirimu
kau pergi tanpa berpaling
kau pergi tak kembali.?
tahukah kau..
betapa kecewanya hati ini..
betapa sengsaranya jiwa ini..
bertahun ku mencuba untuk
melupakan dirimu…
membuang jauh segala kenangan
bersama mu..
tatkala airmataku masih mengalir
ku cuba membalut semua luka
yang pernah kau tinggalkan
namun goresan itu tetap ada
masih berbekas dihatiku
sehingga ke hari ini..
atau mungkin untuk
selama-lamanya..

By: Pencinta Pena Ivp

No comments:

Post a Comment

Post a Comment