RAKAN BLOG AAC

Monday, 16 July 2012

AYAT-AYAT CINTA


Nukilan Insan Syair

Berbunga-bunga
ayat-ayat cinta
kata bicara berbagai rentaknya
ada yang lara kesepian pula
bila bercinta parahnya jiwa
seni puisi sajak bererti
berbalas kata indah berseri
berbagai cerita daku renungi
hampa segala cinta di beri
mencari cinta di jual beli
seninya cinta halus sekali
jangan bermain dengan nafsu diri
kalau terjadi parah sekali
kerana hajat di hati tak kesampaian
lupa akan ketentuan
kekasih gelap perjumpaan
bila kurenung serta aku pelajari
di mana letak maruah diri
banyak yang lara sepinya hati
menagih simpati agar di cintai
kemana pergi harganya diri
ayat-ayat cinta cukup berseni
kalau pandai membawa diri
pasti ramai yang sayangi
aku melihat kehebatan
seorang penyajak seni puisi
nukilan ia indah sekali
ramai sungguh peminat kejari
hebatnya ia bermain ayat-ayat cinta
siapa membaca meresap ke jiwa
puisi cintanya tersusun indah rapi
ramai insan sayangi insan seni
ayat-ayat cintanya meresap ke hati
di susun indah di ceritanya hati
adakala bagai dekat dengan illahi
selalu di cerita jujur dan benar setiap hari
hanya bersahaja dia mengarang puisi
hebatnya ia dengan kata bererti
seorang insan yang cukup seni
puisi cintanya amat aku kagumi
tinggi sungguh penyampaian di beri..
meresap kalbu jiwa nurani..

Nukilan Insan Syair
18072012
11.20am
Ulu Klang

No comments:

Post a Comment