Nukilan
Syahadah Nur Qalbi
Seluas kasih sayang
segenggam rindu tercipta
dalam sendu
biasan
Serelung cinta
dalam untaian
syahdu
bersambut pilu
Bisikanmu dalam
sukma
terkasima sayu
aku kelu
Berkasih dalam
asyik
gelora mencengkam
sanubariku
Serangkap bait-bait
katamu
indah kurasakan
seakan aku
berada di awangan
dalam mahligai rindu
'Kugapai Cinta Dalam Rindumu'...gemersik asmara dalam dakapan...
03 Jun 2012 Ahad
11.05am
Syahadah Nur Qalbi
No comments:
Post a Comment