RAKAN BLOG AAC

Wednesday, 23 May 2012

‎~~Dalam Mimpi~~


Nukilan Nur Qaseh Kayzz

Terlelap
Terpejam mataku seketika
Kala itu hadir seraut wajahmu
Melemparkan senyuman padaku
Berlari aku ingin mendakapmu
dalam maya gelap itu.

Airmata mahu bertandang
Pada kelopak indera ini
Namun bila sekelip mataku beralih
Pasti wajahmu tiada lagi
Kuterus ingin memelukmu
Walau sekadar dalam maya ini.

Jangan.............................
Jangan kau pergi tinggalkanku sendiri
Puas sudah aku menanti
Hadir dirimu dalam ilusi
Kerna puasku seru kau hadir dalam maya ini
Kesempatan ini kanku nikmati
Sebelum sekali lagi kau melangkah pergi
Tinggalkan aku sepi...sendiri
Biarpun sekejap kau hadir
Sekadar dalam mimpi.

*Bulan Merindu*
8.28pm
21/5/2012

No comments:

Post a Comment