RAKAN BLOG AAC

Thursday 5 April 2012

PARASIT


Nukilan Amier Razif Amier Razif


Parasit hadirnya menumpang
Bicaranya menikam jiwa
Bersahabat dengannya menbangkit amarah
Parasit mengait kejayaan atas usaha insan lain

Aku benci insan parasit
Jiwaku hancur
Terluka darah tiada mengalir
Seksanya hanya bulan bintang tahu

Tanpaku sedar ramai parasit
Menanguk nyawa di atas jantungku
Menbuat jalanku tempang
Tersandar lesu memohon nafas ilahi

Dari insan parasit
Aku belajar erti kasih sayang yang hilang
Aku belajar erti kepercayaan
Aku belajar erti kejujuran

Kerana parasit
Jiwaku semakin utuh
Tuli pada bicara cerdiknya
Kuat melawan hidup tanpa gentar

♥ Amier Razif Amier Razif a.k.a Budak asparagus ♥
Hidup penuh cinta
9.00 pm ( 2 april 2012 )

No comments:

Post a Comment