RAKAN BLOG AAC
Tuesday, 24 April 2012
KU BIAR RINDU MENYAPA ♥♥♥
Nukilan Tanpa Nama
Ku biar rindu menyapa
ruangan kalbu,
untuk ku simpan jernihan kasih sayangmu,
buat siraman hati yang tandus kegersangan,
tika aku bersendirian.
Ku biar rindu menyapa
tika sepi datang bertamu,
tika sunyi menyelubungi,
tika hati terasa kaku,
untuk ku siram jernihan kasih ini
agar ia tidak layu,
di makan masa dan waktu,
yang berlalu..
Ku biar rindu itu menyapa
walau ku tahu ia amat memeritkan,
melemahkan jiwa,
mematahkan kalbu,
namun ku tetap membiarkannya,
agar di satu masa,
kau masih tahu,
bahawa aku selalu merinduimu,
walau engkau bukan milik ku,
Ku biar rasa itu terus menyapa
ruangan hati,
tidak sekali ku menahan ia supaya
berhenti.
Kerna.,
ku hanya ada rasa rindu itu,
untuk menemani hari-hari sunyiku,
sepinya malam-malamku.
HAI-Z 90
Labels:
Tanpa Nama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment