RAKAN BLOG AAC

Friday 6 April 2012

‎~JANGAN DIUCAP SELAMAT TINGGAL~


Nukilan OnEy HeRe

Kadang-kadang kita tercari-cari conclusi hidup yang tidak pasti
apakah itu tuntutan atau kehendak
diri sendiri belum pasti
apakah semua ini
adakah ini takdir atau suratan hidupku
tapi percayalah
sejauh mana kita berjalan
akhirnya kebahagiaan pasti menyusul tiba
walaupun tidak seperti yang di gambarkan
tp ianya cukup setimpal dengan keperitan yang pernah kita alami
bagi mengubati luka-luka yang tersisa di lubuk hati kecilmu
teruskanlah perjalanan hidupmu
jangan pernah takut untuk bangun kembali
mencari kekuatan di celah lubuk hatimu
walaupun idanya tidak sekuat dan sehebat yang kita perlukan
tapi di situlah terletak kegigihan dirimu untuk terus berdiri
bersama usaha yang tidak pernah pudar untuk terus berjuang dalam hidupmu
biar dunia melihat kejatuhanmu berkali-kali
namun pastikan kamu tidak terus menyerah tanpa berjuang
kerana kamu telah di lahirkan di dunia ini sebagai juara
kerana itu kamu masih ada di dunia yang fana ini.

Nukilan Jiwaku*

No comments:

Post a Comment