RAKAN BLOG AAC

Saturday 18 February 2012

♥ PUISI UNTUK ABAH ♥


Nukilan Amier Razif Amier Razif

Terima kasih abah
kau ajari untuk sentiasa bersemangat
kuat sepertimu
walau di mana ku berada

Abah..
ku lahirkan puisi ini untukmu
aku tahu engkau tak mahu
aku mengikuti jejak langkahmu
namun..
aku anakmu yang terpilih

Terima kasih abah..
Ku doakan kesejahteraanmu
walau ku tahu
mungkin tidak selamanya
aku dapat bersamamu lagi

Terima kasih abah..
mengajarku erti menghormati
mengajarku erti kasih sayang
dan erti usaha tanpa lelah

Abah..
walaupun anakanda jauh dari mata
namun di hati abah tetap selamanya

Abah.
tulusnya kasihmu..putihnya cintamu
tak termudah untuk kubalas jasa jasamu

Abah..
terima kasih untuk kasihmu
semoga Allah memberikan
kesejahteraan , kebahagiaan , kesihatan
dalam hidupmu

♥Amier Razif Amier Razif♥
sayang abah selamanya

No comments:

Post a Comment