RAKAN BLOG AAC

Saturday 18 February 2012

Datang dan Pergi ....


Nukilan Yatie Yusoff

Mahu ... atau tidak
walau diri terasa lemah
langkah ini tak akan berhenti
biar batas perjalanan terlalu jauh
tak akan hiraukan
biar bertahun tahun
dan andai ada yang memandang
aku seperti seorang pengembara
aku akur ....
hadapi sendiri setiap waktu
ketika ketikanya apabila terjatuh
gagahi bangun semula
kerana yakin pada diri
cuma perlu berhati hati
jangan tenggelam
takut... tidak mampu dalam kelemasan
segalanya tiada tetap
kiranya aku mahu hidup !
sasarannya harus lebih ke depan .....

Yatie Yusoff
4.50pm
17Feb2012 .

No comments:

Post a Comment