RAKAN BLOG AAC
Wednesday, 1 February 2012
BERKATA-KATA
Nukilan Eliz Mawar Putih - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH
Tuhan...betapa penghijrahan ini
Menguji segala tabah dan sabarku
Kerana ia hijrah segalanya
Tinggallah segala sifat
Yang dilihat lemah dari sahsiah diri
Bagai anjung di lautan
Tak ternilai khazanahnya
Teman...
Jika terlalu banyak berkata-kata
Kadang bisa menghilangkan makna
Yang tersirat di dalamnya
Bait pada kata-kata kadangkala
terlalu indah untuk di sampaikan
Apabila ia mengenai hati dan jiwa
Aduhai...
Apalah yang ada pada kata bicara
Jika ianya sekadar manis
Di bibir sahaja
Tanpa memberi sebarang makna
Padaku...
Tiada yang paling berhemah
Lebih baik diam dari berkata-kata
Walaupun sebak bersarang di dada
Meronta-ronta untuk meluahkan segala
Oh Tuhan...
Lemahkah aku?
Jika memilih untuk berdiam?
Sedangkan bisu itu
Tidak sepatutnya sebagai petanda
Pada suatu kelemahan diri
Liz~~~1/2/2012```
Labels:
Eliz Mawar Putih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment