RAKAN BLOG AAC

Friday, 13 January 2012

SELAGI ADA RINDU





Nukilan Orked Fahny Bestfm - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

♥ Selagi ada rindu ♥

Termangu aku sendirian….
Mengais kembali segala kenangan….
Kenangan yang mencuit hati…
Juga yang menguris perasaan….

Sesaat ku tersenyum…
Terimbas kembali ceria gelakmu….
Terpandang aku akan sebaris putih gigimu……
Terbayang akan telinga capangmu….
Buat bibir ku merekah senyum…..

Terlontar jauh ingatanku padamu…..
Saat cinta bersemi dulu……
Aku bagaikan maharani dihatimu…
Dan kau pula bertahta bak Sang Maharaja….
Berkongsi segala suka dan duka….
Aku bagaikan penglipur lara dimata kamu….

Tersiat rakus segala kenangan bersamamu….
Saat kau mengkhianati talian kita….
Terembat ganas segala rasaku….
Saat kau menafi kewujudan aku….
Terhumban jauh segala rinduku…
Saat kau melepaskan ungkapan….
Lupakan segalanya……..

Namun….cinta adalah sesuatu ….
Yang boleh dirasai ….
Bila kita merasainya….
Biar segalanya hanya kenangan…
Walau terurai untaian cinta…
Kau tetap subur di danau hati……
Rindu ku tak terucap….
Kasih ku tak terungkap….
Tidak mampu ku hakis rasa ini....

Rintihku ini bukan untuk meraih simpati…
Resahku ini bukan merayu kau kembali….
Sekadar melayan rindu yang bertamu di hati….
Biarpun ku sedar ….
Ketenangan dan kebahagiaan bukan milik ku kini….
Untuk mu….
Kenanglah aku saat sunyimu…
Rinduilah aku saat sepimu….
Ingatilah aku saat tangismu….
Kerna …
Aku tak pernah melupakanmu….
Walaupun sedetik…..

Orked…..♥♥♥

No comments:

Post a Comment