RAKAN BLOG AAC

Tuesday 24 January 2012

PENANTIAN



Nukilan Eliz Mawar Putih - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

‎~~~Penantian~~~

Angin senja yang bertiup,
Mengusap lembut ke pipiku,
Membicarakan kata-kata cinta,
Tatkala aku dan engkau
Bersama-sama di permatang ini,
Bermain lumpur di bawah sinaran
mentari senja.

Kumerenung warna jingga,
Di kaki langit,
Dalam kedinginan senja,
Yang mula melabuhkan tirainya,
Aku masih di sini,
Terkenangkan saat indah kita bersama.

Kini mentari tiada lagi,
Menghilang bersama desah
angin malam,
Biarpun hanya diam memendam rasa,
Aku tetap setia,
Kerana kasih itu bermakna,
Kerana sayang itu bererti,

Dalam kesabaran,
Kumenanti bicara rindu,
Biarpun dalam sepi,
Kupasti kasihku bersamamu.

Liz~~~23/1/2012```

No comments:

Post a Comment