RAKAN BLOG AAC

Monday 16 January 2012



Nukilan Siti Norhaizat ThreeGfm - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

kau hadir tanpa di duga
umpama pelangi yang wujud
selepas waktu hujan
umpama bunga yang mekar
di waktu pagi
umpama matahari yang
memberikan sinar
buat alam semesta
kata-kata mu umpama
kata-kata pujangga
aku terbuai dalam lamunan
mimpi yang indah yang kau sajikan
tersentuh hati yang sekian lama
tertutup sepi dan terkunci
terdetik perasaan sayang
terpanggil hembusan rindu
cuba memegang simpulan kasih
pertemuan yang tak di jangka
namun ku pasti
suatu hari nanti
demi kasih dan ikhlas dan jujur ini
kita pasti bertemu
kerna ku yakin
hadirmu adalah untuk diriku
dan hadirku adalah untuk dirimu.....

~~~ hasil jari : KAK LONG SEROMBAN THreegfm ~~~

No comments:

Post a Comment