RAKAN BLOG AAC

Tuesday 17 January 2012




Nukilan Bayau Raven - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

Saya telah mengembara ke hujung dunia,
mencari CINTA saya. Tapi, pertama kali saya
bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi
tuhan, saya tidak tahu kenapa. Tapi itulah
kebenarannya.
Saya telah menolak awak,
tapi awak mencabar saya
dengan kejujuran awak,
awak tahu yang awak tidak
bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya
bukan salah seekor rama rama perhiasan di
dinding kamar tidur awak.
Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh
tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak
dapat membohongi perasaan saya bahawa saya
menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAi
awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang
paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di
dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan
saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung
dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi
saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.
Bagai merpati putih CINTA saya berkelana
mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak
menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah
memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya
jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam.
Disana saya tak mampu melihat cahaya. Awak
berikan saya harapan, dan akhirnya awak jugalah
yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.
Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu
apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di
sudut hati ini saya merasakan awak masih belum
cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA
dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau
mungkin juga awak belum pernah benar benar
jatuh CINTA pada seseorang. Jadi, selama ini
siapa saya di hati awak ?
Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah
menyintai saya?
Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?
Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu
memerlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur
pada perasaan sendiri??
AWAK!
Awak mungkin jenis perempuan yang boleh
menyintai ramai LELAKI berkali kali. Tapi saya pula
seorang LELAKI yang percaya bahawa dalam
hidup saya hanya ada 1 wanita, 1 CINTA dan 1 perkahwinan.
Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.
Melangkah pergi meninggalkan awak, telah
mengambil seluruh kekuatan yang saya ada.
Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya
bencikan awak. Jangan.
Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan
setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada
ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya
mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak.
Awak,
Sebelum saya menghilang diri dari dunia awak,
saya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah
awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya,
sedalam mana saya CINTAkan awak, inilah
jawapan saya;
'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya
akan memberikan suara saya, agar awak dapat
bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan
bisu buat selamanya'
'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya
akan memberikan hati saya agar awak dapat
hidup untuk selama lamanya, meskipun waktu itu
saya tiada lagi di dunia ini (awak tak pernah tahu)
Semuanya untuk awak, tapi satu sahaja yang
tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya,
Seseorang pernah berkata,
'If you really LOVE someone, then let that person
go. If that person is meant for you, than that
person will come back to you eventually. But if
that person does not, then that person was never
meant for you, in the first place'
Awak,
Kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah
pergi, demi kebahagiaan awak. Saya berdoa
supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa
yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak
akan memahami apa erti CINTA yang sebenar.
Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat
mengetahui, bagaimana rasanya terlalu
menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan
pernah terlewat untuk menghargainya.
Awak,
Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan
kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini
dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak
pernah kesal sekurang kurangnya sepanjang
mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan
jujur dengan perasaan saya.
Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh,
awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan
saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada
ketentuan tuhan dan kalau pun awak takkan
pernah kembali pada saya, saya percaya,
mungkin itu yg terbaik.

No comments:

Post a Comment