RAKAN BLOG AAC

Wednesday 25 January 2012



Nukilan Azlini Nordin - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

Sayang
Ku tahu
Engkau merana kerana cintaku
Oleh panahan rindumu padaku
Walau kasihku tetap di sisimu
Namun engkau masih gundah begitu

Sayang
Tidak dinamakan cinta
Jika tanpa rindu yang membara
Tidak dikatakan setia
Kiranya tanpa kasih tercipta

Sayang
Apalah erti sebuah percintaan
Jika tiada kesetiaan
Tiada guna pengorbanan
Jika tanpa kejujuran
Sia-sianya sebuah perjuangan
Kira tiada keikhlasan
Ruginya sebuah kehidupan
Bila tiada cinta di jalan Tuhan...

No comments:

Post a Comment