RAKAN BLOG AAC

Saturday 14 January 2012






Mohd IQramAyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

Suatu masa dulu pernah kota hati ini engkau tawan dengan keindahan kasih sayang mu
Hidup ku dipenuhi indah cahaya kasih sayang mu
Hari demi hari kau hiasi diri ku dengan helai tawa mu
Tiap saat ku penuh bermakna kerana muncul nya insan penyayang seperti mu.
Baran ku kau ubah menjadi sabar lepas tangan ku kau ubah menjadi bertanggungjawab.
Kau merubah apa yang kurang dalam hidup ku.
Sinar cahaya cinta ku kembali terang membuat aku ingin merasa kan nikmat cinta dari mu setiap detik yang ada. Hingga aku menjadi lupa akan segala urusan dunia.
Tapi mengapa hadir mu hanya sementara. Cinta mu tidak seindah seperti yang dikata. Cinta mu tidak seindah yang diurai kan.
Mengapa kasih hadir mu hanya sementara. Lupa kh dikau akan janji janji mu. Atau aku terlampau buta hati kerana membiar kan diri mu menikam bara kepedihan di hati ini.
Sayang tak bermakna kah tiap pengorbanan yang ku curah kan. Tak cukup kah segala nya hingga engkau berpaling arah ...
Atau aku yang hanya menaruh harapan ingin memiliki pari pari kayangan seperti mu.
Andai aku bersalah,ungkap kan segala kepada ku agar ku tidak terus berharap
Aku yang selalu berkata sendiri
Mohd Iqram di pena sepi .

No comments:

Post a Comment