RAKAN BLOG AAC

Monday, 16 January 2012

METIA MATERI



Nukilan Angah Arie - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

METIA MATERI

Kilau-kilau,
berkilau
metia hati

Metia hati,
tercicir
kutiplah

Kutiplah,
basuh dengan pegangan !
pandai makan pandai simpan
napa sedawa merata-rata?
bersilau,
di hujung sana
ada debu liar melintas
orang-orang bisu
senyum senyum sindir

Senyum-senyum sindir
remangnya batu di asap
mantera

Mantera,
kau tunding situ sana sini
persis kambing liar berlarian
memburu rumput berdaki
bawa pulang
isi kantong tuannya
berfalsafahkan hidup
dalam dunia materi
porah

Porah,
di daun yang berdaki
sekilas kau melihat nasibmu
rezeki sampai mati...
hempas batu keras
tak pernah puas
lembu tanggal baju..
rekah jiwamu
kelam..luka..dalam
kau pahat nama
'fi jahannam'

'Fi jahannam'
Estetik ni malam edan ku
napa ada metia materi
menarik hingga terik
huyung hayang aku terjang
dalam duniaku
masih kah ada?

Masihkah ada?
"DELUSANI"

Angah Arie
Di hujung pena, Seremban
17042011 23:00

No comments:

Post a Comment