RAKAN BLOG AAC

Wednesday, 18 January 2012

KISAH SI DARA



Nukilan Isabella Ali - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

Kisah si Dara..

pujian hadir
menghiburkan hati
berdendang syahdu
terasa asyik
kata pujuk rayu
datang penuh merdu
terasa diri mabuk
dibuai angan-angan

akan tergelingcirkah diri
dengan kata-kata penuh madu
hilang maruah dan harga diri
sekelip mata dinodai
oleh teruna yang baru dikenali
tinggallah dara kesepian
mengenang nasib diri
seribu sesalan tiada erti
menangislah sepuas hati
hilangnya tidak bisa diganti
terasa diri hina sekali
kisah si dara jangan di contohi
kesilapan akan memakan diri
kerna kesannya dalam sekali
pasti di bawa sampai ke mati..

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012

No comments:

Post a Comment