RAKAN BLOG AAC

Monday, 16 January 2012

DALAM KEHADIRAN RUMI



Nukilan Angah Arie - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

DALAM KEHADIRAN RUMI

Dalam kehadiran Rumi
aku lena dalam asyiknya syair puisi
di bawa terus hanyut dalam laut bahasa
bersama Qasidah-Qasidah keindahan
masyhur akan nyalaan api ghairah ketuhanan
maka benarlah apa yang di khabar
begitu indah irama mantiqa syairmu

Dalam kehadiran Rumi
emas dan perak gugur dalam hijrah
akal, nyawa dan saksinya
teguh bak kersani di serata langkah
maka bahasapun mendukung tingkah
bersyairlah maulana tersanjung
'pemanah terulung'

Dalam kehadiran Rumi
edan ku dalam meneladani
kesmaran ku dalam menghayati
sifat dan jatinya rumi-rumi cinta
seperti bahasa telahpun menjadi milik mereka

Dalam kehadiran Rumi
aku jadi semakin sendiri

Angah Arie
Delusani, Seremban
16012011 01:05

No comments:

Post a Comment