RAKAN BLOG AAC

Wednesday, 18 January 2012

ANALOGI SIPUT BABI (PELAWAK ZALIM)






Nukilan Angah Arie - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

ANALOGI SIPUT BABI (PELAWAK ZALIM)

Muka kosong
hati lohong
akal kau lelong
macam sotong
jalan berkencong kencong
Setengah tapak semput
bukan kerna makan pulut
melukut di tepian terbuang
pandai kau cari ruang
kiaskan mitos di purba cermin sial
kau takluk dunia khayal
Megah dengan topeng topeng pementasan duniamu
persis pelawak zalim yang lugut
menyairkan puisi bersepai sepai
inti rebah berderai derai
kau gilap jampi mamai
yang buta bertepuk tangan
yang pekak tawa mengilai
yang bisu terlopong
dengar cerita bohong
Dalam maya engkau bermaharajalela
cuba tengok kau kini didunia nyata
di telapak kaki hilang nyawa
Siput babi mata buta jalan terbalik
akal kau pendek atau aku yang celik
.........
Angah Arie
Ruang Sengal, Seremban N9
02072011 11:00

No comments:

Post a Comment