RAKAN BLOG AAC

Saturday, 31 December 2011

PAGI YANG SURAM





Nukilan Ashraff Elyazz - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

- PAGI YANG SURAM -

semalam aku tak meninggalkan bekas tangis,
yang berderai darah,
melemah dalam ketakutan,
akan getir penderitaan,
mengapa pagi mengabut,
menggantung mendung,
gelegar kilat menyambar cerah pagi,
sirna ceria pekat seakan alam berkabung,
kini alam mungkin sengaja kau sapa pagiku,
dengan kelebatan hujan,
mengingatkan aku untuk senantiasa berdamai hati,
walau nyata berkeping hatiku,
berselerakan bagaikan kepingan kaca,
mungkinkah akan ada pagi,
yang indah buatku selepas ini...

- PerinduKesepiaN
- 06/06/11

No comments:

Post a Comment