RAKAN BLOG AAC

Friday 9 December 2011



Nukilan Hanna Qaseh Humayra - AyaT-AyaT Cinta (AAC) DANISH

ku ukirkan sebuah senyuman palsu sebagai
tanda penghargaan atas penderitaan ini..
teganya kau melihat diri ini dicaci
sedangkan kau di sisiku tika itu..

hari-hariku yang gelap tak pernah
kau bawa walau sedikitpun cahaya kegembiraan..
tak pernah hadir rasa belas
meskipun sudah berulang kali air mata ini menitis kepiluan..

bodohnya aku termakan dengan pujuk rayumu
saat diri ini melangkah untuk pergi..
dan selepas itu,
aku derita lagi..

malam yang sepi aku rasa
sesuai untuk perpisahan ini..
maafkan aku, aku terpaksa pergi
kerna aku tidak dihatimu lagi..

HANNA..

No comments:

Post a Comment