RAKAN BLOG AAC

Wednesday 7 December 2011

MAMA




Nukilan Bunga Larangan Bestfm - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

mama,
kenapa perlu kau sakitkan dirimu untukku,
kenapa perlu kau sakitkan hatimu untukku,
kenapa perlu kau kecilkan hatimu untukku,
kenapa perlu kau menitiskan airmatamu untukku,

mama,
tahukah kau yg aku aku sakit saat kau terluka,
tahukah kau aku pedih saat kau kecewa,
tahukah kau aku akan mati jika kau menangis,
tahukah kau yang aku tak bisa hidup tanpa dirimu,
tahukah engkau yg kau lah satu2 yang aku perlu di dunia ini,

mama,
jasamu begitu besar sekali,
dari saat aku sebesar tapak kaki,
kau sabar melayan kerenah dan kau sentiasa ada,
kau lah pemberi semangat ,
kaulah penyeri jiwa,
kau begitu lembut dan manja,
tapi sebenarnya kau sgt tegas orangnya,
tapi jika setitik airmata gugur dari matamu,
aku akan rasa seperti dunia berhenti berputar,

mama,
cukup sudah kau menderita,
terkadang aku mmg menderhaka,
aku melukakanmu tanpa aku sedar,
kerana aku terikut nafsu amarah,
tapi ketahuilah wahai mama,
aku tak berniat berbuat begitu,
aku amat menyayangi kamu,
jadi berhentikan airmatamu,
berhentikan penderitaanmu,

mama,
andai suatu hari orang bertanya,
siapakah insan yang paling istemewa,
aku akan menjawap dialah mama ,
wanita yang bertakhta di jiwa raga,
orang syg mama ~♥

2 comments:

  1. thanks to danish and ela sbb sudi pilih puisi munge yg x seberapa ni tok dipaparkan di blog u all,, really appreciate,, :)

    ReplyDelete
  2. mama kamo mama sy jugak, haha...

    ReplyDelete