RAKAN BLOG AAC

Tuesday, 10 January 2012

TIADA CERITA DALAM SERI LAGI



Nukilan Ummi Marsheyta - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

TIADA CERITA DALAM SERI LAGI

Jemariku semakin nipis
tanpa ku sedari
setiap bait tidak mampu terbit
dalam mencari
kulakarkan cerita kosong
disebalik cermin diri

ku utuskan cerita dalam khabar
ku alunkan nyanyian sepi
tanpa ku sedari
kian pudar didinding ku
tiada lagi seri dalam lakaran
hanya terdengar bisikan
suara suara berkata
disebalik tirai
sepi berutus salam
kian putar dalam diam
tidak lagi seri menjelma
dalam kiriman

hanya nyanyian siulan malam
bergadap bintang dan bulan
berteduh dilangit tanpa ada
cerita dan suara bergema
disudut hati.

eytajms
9/1/12

No comments:

Post a Comment