RAKAN BLOG AAC

Friday, 6 January 2012

‎**~~>> TABAHLAH HAIQAL <<~~**


Nukilan Haiqal Akmal - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

tabahlah duhai sekeping hati..
bila di landa dugaan sebegini..
dulu engkau setabah pohon itu..
biarpun kencang badai melanda..
engkau tetap teguh berdiri..
walau hampir menjamah bumi..

tabahlah duhai sekeping perasaan.
kerna engkau bukan keseorangan..
dalam melayari badai dugaan..
hingga menghilangkan senyuman di wajah manismu..

sabarlah duhai hati..
mengertilah ia bukan milikmu lagi..
bebaskan lah ia pergi..
bersama bayu malam..
agar esok hatimu kembali bercahaya..
seperti di satu masa lalu..

sabarlah duhai perasaan..
apa yang terjadi adalah dugaan..
terimalah ia setabah mungkin..
kerna terselit hikmah di sebalik dugaan..
anugerah daripada Tuhan..
kepada hamba-Nya yang sabar dalam menempuh dugaan..

senyumlah Haiqal..
walau ia sepahit hempedu..
walau ia memeritkan kalbu..
walau ia meninggalkan sebu..
senyumlah...
ketawalah..
agar hilang kesedihan kalbu
bersama angin lalu..
tanpa terkesan di balik sendu..

<<~~EQAL90~~>>

No comments:

Post a Comment