RAKAN BLOG AAC

Sunday, 8 January 2012





Nukilan Haiqal Akmal - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

>>CERITA TENTANG AKU<<

aku cuma manusia biasa..
yang tak punya apa-apa kuasa..
hanya hati sebagai sandaran jiwa..
buat meladeni astaka dunia..
yang penuh ragam manusia..

aku punya satu cita-cita..
ingin menjadi manusia berguna..
pada nusa dan juga bangsa..
tidak dilupa ibu dan bapa..
tapi aku telah alpa..
sehinga hilang segala-gala..

aku punya sekeping hati..
tetapi sering disalah erti..
oleh orang yang kusayangi..
mungkin sudah suratan ilahi..

aku punya kisah semalam..
membuatkan hati sentiasa suram..
bila terimbau kenangan silam..
yang datang menjengah disetiap malam..

tika aku tercari-cari..
sinar indah disebalik pelangi..
membersih segala kesalahan diri..
untuk mengadap pada ilahi..

KU BERSYUKUR....

kisah nan suram telah berlalu pergi..
meningalkan bahagia yang tak terperi..
dihati ini terasa berwarna warni..
umpama pelangi disenja hari..
mengamit bahagia disanubari..

kupanjatkan syukur pada ilahi..
akan segala rahmat yang diberi..
pada insan yang kerdil ini..
jiwa yang resah kini bercahaya lagi..
kerna keangungan dari ilahi..
melimpahkan kurnia tanpa henti..
ALHAMDULILAH kupanjat dihati..
rasa bersyukur yang tak terperi..
TERIMA KASIH YA ALLAH YA ILAHI..
kerna sudi memberi kesempatan diri..
menjadi insan yang berbudi perkerti..

>> EQAL90<<

No comments:

Post a Comment