RAKAN BLOG AAC

Saturday 7 January 2012

BIAR SAJA


Nukilan Mellyana Sara - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

Biar saja aku
Biar saja aku begini di sini
Tak aku pinta agar kau berlari
Aku biar saja kau
Biar saja kau di sini di sisi
Aku tak mahu terbang tinggi-tinggi
Aku cuma mahu hayunan kaki ini takkan terhenti
Dalam mencari
Pemilik rusuk kiri yang aku nanti

Aku tahu dalam-dalam hati kau masih ada cinta di hati
Tapi kau takut kau ditipu dikhianti sekali lagi
Sukar bila rasa percaya dalam diri mati

Semoga iman kau masih dihati
Masih mekar kian bersemi

Kalau kita berjodohan
Kita pasti berdekatan
Kita pasti akan bertautan
Tapi jika kau bukan untuk aku
Kau tetap sahabat aku
Selamanya.

No comments:

Post a Comment