RAKAN BLOG AAC

Sunday, 8 January 2012

BAHASA RINDU





Nukilan Seindah Janji - AyaT-AyaT CinTa (AAC) DANISH

BAHASA RINDU

Rindu ini
kembali menyapa jiwa
ketika suara mu mendiam
membisu seribu bahasa
tengelam dan kelu

Aku menjadi sepi, resah
dan kehilangan arah
mencari-cari bahasa indah
rindu dan kasih sayang mu
yang tidak lagi menjengah

Kekasih...
bahasa rindu mu telah hilang
bagaikan bayang-bayang
yang ditelan gelombang jiwa
hanyut bersama hilangnya cinta

Dan kini...
rindu ku jua hanyut
bersama ombak yang pergi
dan akan kembali semula
bersama rindu mu dan rinduku
berpadu dalam satu rasa...

Seindah Janji
8/1/2012

No comments:

Post a Comment